Sketsa News
Home Berita Terkini, Headlines, Internasional, News Pemandu Maut kemalangan Tiga Buah Lori

Pemandu Maut kemalangan Tiga Buah Lori

kecelakaan-lori

Sketsanews.com,  BESUT – Seorang pemandu terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru dekat Kampung Alor Serdang di sini, semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Hawari Mat Husin, 41, berasal dari Kampung Gaal Tengah, Pasir Putih, Kelantan, yang ketika kejadian dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bahru.

Sebagaimana dilansir sinarharian.com.my, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kemalangan kira-kira 3.40 petang itu dipercayai berlaku setelah sebuah lori jenis Isuzu Rigid yang membawa barangan sejuk beku dari arah Kota Bahru, terbabas ke lorong kanan jalan di tempat kejadian.

“Lori berkenaan kemudiannya melanggar sebuah lori lain yang diletak di bahu jalan sebelah kanan sebelum melanggar lori yang dipandu mangsa dari arah bertentangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang membawa lori tiga tan jenama HICOM meninggal dunia di tempat kejadian.

Kesesakan lalu lintas turut berlaku akibat kemalangan itu ekoran muatan sejuk beku di dalam lori jenis Isuzu Rigid bertaburan di atas jalan raya.

Mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.

(Jp)

%d blogger menyukai ini: